Sunday, March 1, 2009

Kesan Terhadap Pengangkutan Awam..



Kesan kenaikan minyak sebanyak 75 peratus pada Jun 2008 telah memberik impak yang besar terhadap pelbagai sektor. Kenaikan harga minyak yang mendadak menyebabkan sektor pengangkutan awan mengalami impak kritikal pada ketika itu. Pelbagai usaha telah digunakan bagi menangani masalah tersebut untuk mengimbangi ekonomi masing-masing.
Penggunaan minyak oleh sektor pengangkutan amat membebankan memandangkan jarak perjalanan dari destinasi ke destinasi memerlukan bahan api yang secukupnya. Justeru bagi mengelakkan kerugian,para pemborong terpaksa menaikkan harga kos pengangkutan hingga menyebabkan kenaikan harga barangan makanan, barangan dan sebagainya. Beban yang dipikul peniaga juga amat berat mmandangkan terpaksa membeli barangan borong dengan harga tinggi tetapi disekat oleh kerajaan.


Bagi pengangkutan awam seperti bus awam, kenaikan tambang masih lagi terkawal memandangkan kerajan sentiasa memantau pihak agensi bus. Oleh itu, bagi mengelakkan kerugian, agensi turut mengetatkan jadual perjalanan bus pada satu hari selain mengadakan pakej perjalanan waktu malam. Keadaan yang kabut ini tidak hanya menyusahkan pihak agensi atau pemandu bus, malah turut terpias terhadap pengguna serta boleh merbahayakan nyawa pengguna.

Oleh kerana keadaan yang tertekan, telah timbul reaksi pemandu-pemandu bus dan pihak agensi yang tekad agar kenaikan tambang yang sedia ada perlu dinaikan. Setelah lama penbincangan dilakukan(sebelum kenaikan harga minyak pada Jun 2008),akhirnya harga tambang minyak telah dinaikkan sebanyak 30 %. Namun, corak perjalanan perniagaan tetap diteruskan. Masih ada lagi agensi-agensi yang beroperasi pada waktu malam dan mengejar jadual perjalanan.

beroperasi pada waktu malam dan mengejar jadual perjalanan.
Langkah yang disyorkan oleh pakar pada saat itu adalah penggunaan NGV bagi kenderaan dan pengecualian cukai jalan bagi pengngkutan awam. Penggunaan NGV juga salah satu alternative bagi mengurangkan pencermaran alam diamana NGV lebih mesra alam bebanding petrol atau diesel.
Kesan kenaikan harga minyak tidak hanya berakhir dengan pngangkutan di darat,ia turut memberi kesan terhadap pengangkutan air. Feri-feri yang beroperasi juga turut menaikan harga tambang dengan kadar yang tinggi. Sebagai contoh tambang feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi, pada permulaan tambang yang dikenakan adalah RM 15 dan kini harga perjalanan tersebut mencecah RM23.

Pengangkutan udara juga turut menaikkan harga minyak pada permulaannya, keadaan ini turut membebankan pengguna terutamanya pelajar dan juga ahli peniagaan koperat. Selain itu, turut terjejas adalah sector pelancongan dimana sukar untuk membolehkan mereka untuk menuju ke distinasi pelancongan. Oleh itu, beberapa strategi dibuat bagi mencari jalan penyelesaian, contohnya menggunakan airbus dengan lebih kerap daripada boieng 737. Didapati daripada pemerhatian,penggunaan minyak oleh airbus lebih jimat daripada menggunakan boing 737. Selain daripada itu juga, air asia turut menjalankan penjualan makanan, produk dan insuran melalui internet dan juga semasa penerbangan. Penjualan tempat duduk melalui internet juga salah satu strategi airasia, dimana setiap penerbangan dipastikan tempat duduk telah dipenuhi. Oleh itu penjualan tiket dikatakan murah di seluruh asia berbanding dengan penerbangan international.maka tak hairanlah slogan “everybody can fly” menjadi matlamat airasia.

No comments:

Post a Comment