Sunday, March 1, 2009

Kesan Terhadap Peniaga...


Menurut artikel yang ditulis oleh presiden haluan dalam artikel yang bertajuk kenaikan harga minyak-antara kesimpitan dan bala menyatakan fenomena kenaikan harga minyak berlaku disebabkan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan meningkat jika terdapat permintaan yang tinggi dari negara dunia dan kurang penawaran pengeluaran minyak dari pengeluar minyak dunia seperti negara Arab Saudi dan pengeluar minyak utama dunia.

Kesan daripada kenaikan harga minyak bukan sahaja melibatkan kerajaan malah melibatkan semua pihak samada pihak industri pembuatan, peniaga-peniaga dan juga rakyat. Kenaikan harga minyak telah membebankan semua pihak, apabila harga minyak meningkat kos bahan api juga telah meningkat dan menyebabkan semua kos pengeluaran serta barang runcit juga meningkat. Pengilang akan menaikan harga barang kerana kenaikan bahan api telah mempengaruhi kenaikan kos pengeluaran. Kesan daripada ini telah membebankan peniaga-peniaga yang terpaksa menaikan harga barangan kerana pengilang telah menaikan harga barangan sejajar dengan kos pengeluaran.

Peniaga-peniaga terpaksa menerima keadaan ini walaupun mereka tahu ini akan menjejaskan perniagaan mereka. Rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga barang dan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga dipersalahkan dalam perkara ini. Contohnya, barangan runcit seperti beras, gula, tepung dan barangan basah seprti ayam ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Setiap kali barang-barang in dinaikan rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga tersebut. Peniaga-peniaga ini akan dipersalahkan kerana menaikan harga walhal mereka terpaksa menaikan harga barang-barang ini kerana mereka memborong barang-barang ini dengan harga yang tinggi dari peruncit. Walaupun merka menaikan harga barangan ini tetapi mereka tidak menerima keuntungan yang lumayan seperti anggapan orang awam. Mereka tidak harus dipersalahkan, rakyat perlu faham dengan keadaan ekonomi dan fenomena kenaikan harga minyak. Ada antara peniaga-peniaga terpaksa gulung tikar kerana menghadapi pelbagai kesulitan. Ada diantara mereka pula terpaksa berhutang kerana hal ini.

Pihak kerajaan pula telah mengawal harga barangan seperti harga beras, gula, ayam dan sebagainya bagi menggurangkan beban rakyat. Persoalannya disini adakah mengawal harga barangan ini dapat menggurangkan beban peniaga-peniaga?. Menurut sebahagian peniaga-peniaga, kawalan harga bagi barangan kawaln tidak mendatangkan kesan yang baik kepada peniaga tetapi hanya kepada rakyat. Kawalan harga ini dikatakan berat sebelah kerana kerajaan hanya hanya memikirkan kepentingan rakyat dan bukan peniaga-peniaga. Menurut Encik Razak, peniaga ayam dari pasar borong jalan Meru Klang, kawalan harga oleh kerajaan telah membebankan peniaga kerana peniaga hanya mendapat keuntungan minimum kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi kepada peruncit. Kerajaan perlu mengawal harga dari akar umbi lagi iaitu dari pengeluar bukan dari peniaga kerana peniaga adalah orang tengah antara rakyat dan pengeluar atau peruncit.


Kenaikan harga minyak bukan sahaja menjejaskan peniaga-peniaga runcit malah menjejaskan peniaga yang menjual produk mereka di internet. Di Malaysia fonomena ini kurang berlaku kerana rakyat di negara kita kurang melanggan produk atau membeli belah melalui internet.

Di negara barat pula lain keadaannya, mereka lebih gemar membeli barangan melalui online terutamanya di Amerika syarikat kerana cara ini lebih mudah dan menjimatkan kos dan masa. Disebabkan kesibukkan mereka terhadap kerja dan aktiviti harian mereka memilih untuk membeli barangan melalui internet.

Berikut adalah survey yang dijalankan kepada 1234 orang di negara uncle Sam oleh Jupiter research dan linkShare:

-Secara keseluruhannya, pembeli di internet menjangkakan mereka akan mengurangkan lebih banyak pembelian secara offline berbanding membeli secara online.

-Perbelanjaan Offline dijangkakan akan menurun sebanyak 6.3% berbanding online sebanyak 4.2% .

-Ramai pengguna online (81%) percaya mereka sedang mengalami kegawatan ekonomi.

-56% bakal pembeli lebih cenderung untuk membuat kajian secara online terlebih dahulu mengenai sesuatu produk dan harga. Ini kerana, mereka ingin memastikan, mereka mendapat harga yang terbaik sewaktu kegawatan ekonomi ini

Pada pendapat saya, rakyat Malaysia juga perlu menggorak langkah seperti negara barat. Membeli belah melalui internet bukan sahaja mejimatkan kos malah masa dan menggurangkan penggunaan bahan api untuk mengisi petrol pada kenderaan. Selain itu mereka juga tidak perlu bersesak-sesak untuk pergi ke pusat membeli belah hanya dgn melayari internet sahaja kita mampu untuk membeli barangan tanpa membuang masa dan bersesak-sesak. Malah kita boleh berbelanja diman-mana yang kita selesa sama ada dirumah atau ketika berada di tempat kerja jika terdapat talian internet.


1 comment:

  1. Best 3d slot sites 2021 - MapyRO
    Find 순천 출장안마 your way around the 과천 출장마사지 casino with free spins, no deposit 거제 출장안마 bonus, and no deposit required. All 경상북도 출장샵 casino sites use software 성남 출장마사지 from Microgaming, NetEnt and

    ReplyDelete