Sunday, March 1, 2009

Abstrak...


Ahli kumpulan:
IBRAHIM BIN MOHAMED (B040710081)
ADI HAFIZI BIN MUSA (B040710130)
MUHAMAD SYAMIL BIN KAMARUDIN (B040710057)
ABANGKU FARHAN BIN RASHID (B040710018)
SHAFARUL BIN MUSTAFA (B040710079)
MAXWELL GULIT ANAK SAMAT (B040710133)


Objektif kajian ini diadakan bagi mengenalpasti kesan minyak terhadap Negara kita pada sejak awal bulan jun 2008. Pelbagai respon diwar-warkan oleh rakyat bagi membatah kenaikan minyak. Kesan kenaikan minyak juga turut mengganggu corak hidup harian rakyat apatah lagi pembelian barang keperluan harian turut terjejas. Blog ini telah mengkaji tetntang kesan minyak terhadap rakyat, peniaga, pengangkutan awam dan juga makanan, turut diselitkan beberapa artikel berkaitan.

Pengenalan...



Isu kenaikan harga minyak pada tahun lepas (2008) tidak langsung menunjukan penurunan harga sehinggalah memasuki tahun baru tahun 2009. Harga minyak sekata pada hari ini ialah RM1.80 untuk seliter petrol. kenaikan harga minyak telah banyak mejejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari sumber tenaga baru bagi menggantikan petrol sebagai bahan altenatif lain selain minyak. Peningkatan terus harga minyak menyebabkan sedikit sebanyak penjejasan ekonomi negara. Minyak telah menjadi bahan asas yang digunakan oleh manusia dalam pelbagai aktiviti bagi memacukan ekonomi negara. Tanpa minyak segala aktivi negara akan terhenti.

Jadual berikut menunjukkan harga minyak Malaysia sejak 1990 yang merujuk kepada harga runcit di stesyen minyak bagi RON 97.



Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah meningkat mendadak di pasaran dunia. Sebenarnya harga minyak mentah jenis West Texas Intermediate (iaitu harga rujukan di Amerika Syarikat dan dunia) telah meningkat daripada AS$19 setong pada 1993 kepada AS$31 pada 2003, kira-kira AS$51 pada Oktober 2004 dan mencecah AS$67 akhir-akhir ini.

Antara punca utama kenaikan harga minyak adalah seperti berikut:
• Permintaan (82.5 juta tong sehari pada tahun 2004) hampir sama dengan bekalan (83.0 juta tong sehari) yang menyebabkan pasaran menjadi lebih tertekan.

• Permintaan minyak dunia semakin meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi, khususnya dengan pertambahan penggunaan oleh China, India dan Amerika Syarikat.

• Keadaan yang tidak stabil di beberapa negara OPEC.

• Cuaca buruk yang dialami beberapa negara pengeluar minyak seperti Hurricane Emily di Mexico yang menjejaskan pengeluaran minyak di negara itu

• Kegiatan spekulasi harga minyak.

Berikut ialah perbandingan harga minyak di Malaysia dan Negara ASEAN :


Kesan Terhadap Rakyat...


Kita sebagai rakyat malaysia turut merasa tekanan dari kenaikan harga minyak. sebagai pelajar universiti, ade yang membawa kenderaan sendiri selain meggunakan bas kolej yang telah disediakan. mereka yang menggunakan kenderaan sendiri dapat merasakan perubahan dari kenaikan harga minyak. perbelanjaan yang berbeza dari sebelumnya. di bawah merupakan artikel dari seroang rakyat yang prihatin terhadap isu ini.




KERESAHAN RAKYAT TERHADAP KENAIKAN HARGA MINYAK

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Sejak dari tengahari hingga ke malam 5 Jun 08, berduyun-duyun kereta, motosikal dan kenderaan-kenderaan lain beratur di seluruh stesen minyak disebabkan oleh pengumumnan kerajaan akan menaikkan harga minyak daripada $1.92 sen kepada $2.70 sen. Hari ini tangki kenderaan mereka perlu diisi penuh. Setidak-tidaknya, mereka dapat menjimatkan sedikit wang saku kerana mulai esok mereka perlu membayar harga yang lebih mahal. Inilah bayangan keresahan pertama mereka. Ianya juga tindakan pertama mereka untuk merlakukan penjimatan dalam usaha menangani kesan kenaikan tersebut.

Rakyat Malaysia pada secara umumnya peka terhadap perkembangan semasa dunia. Mereka tahu bahawa kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak. Mereka juga faham bahwa lambat laun harga minyak akan naik juga disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia. Mereka juga mengerti bahawa kerajaan telah, sedang dan akan melaksanakan usaha-usaha gigih dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Antara langkah awal yang telah dijalankan kerajaan adalah menaikkan gaji kakitangan awam dan kawalan terhadap harga barangan keperluan asas. Kerajaan juga telah memulakan industri biodiesel yang dijangkakan dapat sedikit sebanyak mengurangkan penggantungan kepada petrol pada masa akan datang.

Apabila Malaysia mengorak langkah daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri, kemajuan mula terserlah. Malaysia kini menjadi salah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Rakyat telah dimaklumkan bahawa kesan pembangunan dan kemajuan akan membawa kepada kenaikan kos sara hidup. Langkah-langkah proaktif telah rancang dan ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Kesan kenaikan harga minyak ini bukan sahaja dirasai oleh Malaysia malahan masyarakat dunia. Walaupun negara kita dan juga beberapa negara di Asia merupakan negara yang menghasilkan minyak, namun hampir kesemuanya mengimpot minyak dari luar.

Dua perkara yang menjadi keresahan dan kebimbangan keseluruhan rakyat Malaysia. Pertamanya adalah kenaikan harga barangan keperluan asas. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka akan berlaku. Apa yang kita harapkan agar mereka tidak menaikkan harga tersebut sehingga membebankan pengguna. Penulis begitu optimis, bahawa langkah menaikkan harga keperluan tersebut dapat diimbangi oleh kuasa beli rakyat. Namun penulis juga percaya akan wujud golongan opurtinis yang akan meletakkan beban kenaikan yang ditanggung mereka kepada pengguna. Perkara ini harus dipantau oleh kerajaan dan kerjasama rakyat untuk membendung gejala ini amat-amat diharapkan.

Keduanya adalah kenaikan kadar inflasi. Menurut Ybhg Dato’ Dr Zeti, Gabenor Bank Negara, kadar inflasi akan meningkat pada kadar 4.2% daripada unjuran awal 2 – 3 % lewat tahun ini dan meningkat lagi kepada 5.2.% awal tahun hadapan. Ia merupakan kesan jangka pendek. Beliau menegaskan bahawa keadaan akan dapat dikawal melalui langkah dan pemantauan yang dibuat, kadar inflasi dijangka akan menurun kepada 3% lewat tahun depan.

Sebagai rakayat Malaysia, kita perlulah bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana. Keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani dan mengurang kesan kenaikan ini perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kita perlu melaksanakan tanggung jawab kita walaupun dengan hanya berjimat dalam perbelanjaan harian.

Kesan Terhadap Makanan...

Minyak dan gas asli kini adalah sandaran pergantungan kos semasa dunia. Apa sahaja yang berlaku kepada pasaran dan pengeluaran sumber terbabit, akan memberi kesan kepada sesebuah negara serta masyarakat dunia. Kita terpaksa menanggung bebanan hiper, hasil daripada magnet tarikan ekonomi yang jelas berasaskan petroleum. Inilah kemelut yang Malaysia hadapi, sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi HPA dari segi kos pengeluaran, bahkan bukan kita(HPA) sahaja yang merasai tempias ini akan tetapi syarikat-syarikat lain juga turut merasai.

Umumnya, ahli ekonomi bersetuju bahawa inflasi ini adalah disebabkan tolakan kos atau tarikan permintaan atau hasil daripada kombinasi kedua-duanya. Namun begitu, pada hari ini nampaknya penyumbangan inflasi ini sebahagian besarnya adalah tarikan kos. Senario ini disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi, yang sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia. Lonjakan harga minyak ini amat ketara, pada Julai 2006 harga minyak ialah AS$70 seterusnya meningkat kepada AS$148 setong pada Julai 2008.


Meskipun harga minyak dunia telah menurun kepada AS$118 setong pada 28 Ogos, ekonomi negara dijangka akan terus menghadapi tekanan inflasi. Di samping berpunca daripada harga minyak yang masih tinggi, harga komoditi yang tinggi juga menyumbang kepada tekanan tersebut. Pada 24 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala RON92 dikurangkan 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga diesel pula turun lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter. Seterusnya pada 24 september di turunkan lagi harga petrol sebanyak 10 sen. Namun begitu, kemelut harga minyak tetap sukar untuk ahli ekonomi ramalkan kestabilannya.

Kesan Terhadap Peniaga...


Menurut artikel yang ditulis oleh presiden haluan dalam artikel yang bertajuk kenaikan harga minyak-antara kesimpitan dan bala menyatakan fenomena kenaikan harga minyak berlaku disebabkan oleh keseimbangan permintaan dan penawaran. Harga akan meningkat jika terdapat permintaan yang tinggi dari negara dunia dan kurang penawaran pengeluaran minyak dari pengeluar minyak dunia seperti negara Arab Saudi dan pengeluar minyak utama dunia.

Kesan daripada kenaikan harga minyak bukan sahaja melibatkan kerajaan malah melibatkan semua pihak samada pihak industri pembuatan, peniaga-peniaga dan juga rakyat. Kenaikan harga minyak telah membebankan semua pihak, apabila harga minyak meningkat kos bahan api juga telah meningkat dan menyebabkan semua kos pengeluaran serta barang runcit juga meningkat. Pengilang akan menaikan harga barang kerana kenaikan bahan api telah mempengaruhi kenaikan kos pengeluaran. Kesan daripada ini telah membebankan peniaga-peniaga yang terpaksa menaikan harga barangan kerana pengilang telah menaikan harga barangan sejajar dengan kos pengeluaran.

Peniaga-peniaga terpaksa menerima keadaan ini walaupun mereka tahu ini akan menjejaskan perniagaan mereka. Rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga barang dan ini akan menyebabkan peniaga-peniaga dipersalahkan dalam perkara ini. Contohnya, barangan runcit seperti beras, gula, tepung dan barangan basah seprti ayam ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Setiap kali barang-barang in dinaikan rakyat akan mempersoalkan kenaikan harga tersebut. Peniaga-peniaga ini akan dipersalahkan kerana menaikan harga walhal mereka terpaksa menaikan harga barang-barang ini kerana mereka memborong barang-barang ini dengan harga yang tinggi dari peruncit. Walaupun merka menaikan harga barangan ini tetapi mereka tidak menerima keuntungan yang lumayan seperti anggapan orang awam. Mereka tidak harus dipersalahkan, rakyat perlu faham dengan keadaan ekonomi dan fenomena kenaikan harga minyak. Ada antara peniaga-peniaga terpaksa gulung tikar kerana menghadapi pelbagai kesulitan. Ada diantara mereka pula terpaksa berhutang kerana hal ini.

Pihak kerajaan pula telah mengawal harga barangan seperti harga beras, gula, ayam dan sebagainya bagi menggurangkan beban rakyat. Persoalannya disini adakah mengawal harga barangan ini dapat menggurangkan beban peniaga-peniaga?. Menurut sebahagian peniaga-peniaga, kawalan harga bagi barangan kawaln tidak mendatangkan kesan yang baik kepada peniaga tetapi hanya kepada rakyat. Kawalan harga ini dikatakan berat sebelah kerana kerajaan hanya hanya memikirkan kepentingan rakyat dan bukan peniaga-peniaga. Menurut Encik Razak, peniaga ayam dari pasar borong jalan Meru Klang, kawalan harga oleh kerajaan telah membebankan peniaga kerana peniaga hanya mendapat keuntungan minimum kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi kepada peruncit. Kerajaan perlu mengawal harga dari akar umbi lagi iaitu dari pengeluar bukan dari peniaga kerana peniaga adalah orang tengah antara rakyat dan pengeluar atau peruncit.


Kenaikan harga minyak bukan sahaja menjejaskan peniaga-peniaga runcit malah menjejaskan peniaga yang menjual produk mereka di internet. Di Malaysia fonomena ini kurang berlaku kerana rakyat di negara kita kurang melanggan produk atau membeli belah melalui internet.

Di negara barat pula lain keadaannya, mereka lebih gemar membeli barangan melalui online terutamanya di Amerika syarikat kerana cara ini lebih mudah dan menjimatkan kos dan masa. Disebabkan kesibukkan mereka terhadap kerja dan aktiviti harian mereka memilih untuk membeli barangan melalui internet.

Berikut adalah survey yang dijalankan kepada 1234 orang di negara uncle Sam oleh Jupiter research dan linkShare:

-Secara keseluruhannya, pembeli di internet menjangkakan mereka akan mengurangkan lebih banyak pembelian secara offline berbanding membeli secara online.

-Perbelanjaan Offline dijangkakan akan menurun sebanyak 6.3% berbanding online sebanyak 4.2% .

-Ramai pengguna online (81%) percaya mereka sedang mengalami kegawatan ekonomi.

-56% bakal pembeli lebih cenderung untuk membuat kajian secara online terlebih dahulu mengenai sesuatu produk dan harga. Ini kerana, mereka ingin memastikan, mereka mendapat harga yang terbaik sewaktu kegawatan ekonomi ini

Pada pendapat saya, rakyat Malaysia juga perlu menggorak langkah seperti negara barat. Membeli belah melalui internet bukan sahaja mejimatkan kos malah masa dan menggurangkan penggunaan bahan api untuk mengisi petrol pada kenderaan. Selain itu mereka juga tidak perlu bersesak-sesak untuk pergi ke pusat membeli belah hanya dgn melayari internet sahaja kita mampu untuk membeli barangan tanpa membuang masa dan bersesak-sesak. Malah kita boleh berbelanja diman-mana yang kita selesa sama ada dirumah atau ketika berada di tempat kerja jika terdapat talian internet.