Sunday, March 1, 2009

Kesimpulan..

Sebagai suatu ilustrasi kepada apa yang berlaku di Malaysia iaitu isu kenaikan harga minyak mendadak lebih2 lagi ketika sebelum pilihan raya pada tahun 2008 diadakan amat memberi pelbagai impak kepada setiap insan di tanah merdeka Malaysia. Hakikatnya dalam kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari dari menggunakan minyak. Sehubungan itu, akibat daripada kanaikan harga minyak telah memberi tekanan kepada penggunakan minyak. Pelbagai inisiatif diambil bagi menjimatkan kegunaan minyak seperti menaiki basikal ke sekolah ataupun menaiki pengangkutan awam dan sebagainya. Kerajaan seharusnya mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Krisis harga minyak bukan sekadar memberi tekanan malah juga menyebabkan inflasi terhadap harga makanan. Ini menambahkan lagi beban rakyat terutamanya kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Jika dilihat pada hari ini, walaupun harga minyak telah turun akan tetapi harga makanan tetap tidak berubah. malah ada peniaga yang mengambil kesempatan ini bagi mengaut keutungan yang semaksimum mungkin. Kerajaan seharusnya menetapkan harga bagi setiap jenis makanan dan barang dapur. Tambahan kerajaan juga sepatutnya berunding dengan pemborong bagi memberi keuntungan kepada peniaga dan rakyat. Justeru itu, kerajaan perlu membendung inflasi kepada tahap yang munasabah kerana inflasi merupakan sebahagian daripada kudis ekonomi yang perlu sentiasa dipantau. jika tidak inflasi akan merebak dan membiak sehingga menjadi pekong dan meruntuhkan ekonomi Negara.


No comments:

Post a Comment